TEMA
Keberanian, kecekalan, dan ketabahan seorang remaja menghadapi pelbagai cabaran.
PERSOALAN
- Ketabahan dan kecekalan hati terutamanya apabila menghadapi tragedi yang tidak diduga. Contoh: Kamarul Azam dan Razi telah ditawan oleh penjahat dan mereka tabah melepaskan diri daripada penjahat tersebut.
- Bersimpati terhadap orang yang ditimpa kecelakaan. Contoh: bantuan yang diberikan oleh keluarga Pak Widodo kepada Azam dan Razi.
- Sikap bekerjasama dan tolong-menolong . Contoh: kerjasama antara rakan-rakan Kamarul Azam seperti Razi, Rendera, Lina Lim dan Zanawati semasa menyertai perkhemahan.
- Perpaduan kaum. Contoh: Azam dan rakan-rakannya yang terdiri daripada kaum Cina dan India mempunyai semangat perpaduan dan dapat menjalankan aktiviti persatuan dengan sempurna.
- Kasih sayang sesama rakan dan ahli keluarga. Contoh: Keluarga Pak Widodo memperlihat kasih sayang terhadap Azam dan Razi.
- Tanggungjawab terhadap masyarakat yang diberikan kepada mereka yang bernasib malang. Contoh: Syarikat Penerbangan Sistem Angkasa Malaysia menguruskan mangsa-mangsa kemalangan pesawat Boeing 737 HM 356.
- Kezaliman manusia yang telah mengorbankan nyawa orang yang tidak berdosa dan membahayakan nyawa orang lain. Contoh: Perampas-perampas pesawat Boeing 737 HM 356 dianggap zalim kerana tindakan mereka telah mengorbankan seratus nyawa.
makasih..dah di print...
BalasPadam